Rumah terbakar, pesakit strok rentung 

Rumah terbakar, pesakit strok rentung 

PASUKAN PDRM mengangkat mayat mangsa rentung dalam kebakaran di Jalan Batu Sapi Karamunting, Sandakan hari ini-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Seorang lelaki yang mengidap strok  rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dan tiga kenderaan di Jalan Batu Sapi Karamunting, hari ini.

Dalam kebakaran pukul 8.30 pagi itu, Jailan Jaimin,35, ditemukan rentung di  ruang tamu rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd. Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada pukul 8.41 pagi sebelum sepasukan 15 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, setiba di lokasi, didapati sebuah rumah dan tiga buah kenderaan telah terbakar dan semasa operasi pemadaman dilakukan, terdapat seorang mangsa ditemukan rentung.

Tiga kenderaan yang terlibat membabitkan dua buah kereta sedan yang terbakar sepenuhnya manakala sebuah lori 10 tan yang terbakar 80 peratus.

Jelasnya, operasi pemadaman terkawal pada pukul 9.27 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 11.35 pagi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya