Rumah kosong terbakar dibaling bom api along

Rumah kosong terbakar dibaling bom api along

BAHRIN MOHD NOH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebuah rumah kosong yang dipercayai ditinggalkan sejak seminggu lalu terbakar akibat dibaling bom api dipercayai dilakukan oleh along. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima panggilan kejadian pada pukul 4.15 pagi semalam.

“Anggota polis ke tempat kejadian mendapati rumah telah terbakar dan terdapat nota ugutan yang ditinggalkan. 

“Hasil siasatan mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni sejak seminggu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Kes juga disiasat bawah Seksyen 506 akta sama, jika sabit kesalahan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Sebelum itu, tular video perbuatan along bertindak ganas membaling bom api di sebuah rumah di Jalan 14/1, Taman Delima di sini pada awal pagi semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya