Royale Chulan Seremban anjur Festival Hari Kanak-Kanak

Royale Chulan Seremban anjur Festival Hari Kanak-Kanak

NICOLE Tan Lee Koon (dua dari kanan) beramah mesra dengan kanak-kanak yang hadir pada Festival Hari Kanak-Kanak di Hotel Royale Chulan Seremban hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 4,000 kanak-kanak dijangka memeriahkan Festival Hari Kanak-Kanak di Hotel Royale Chulan Seremban di sini sepanjang dua hari penganjurannya bermula hari ini.

Pengurus Besar hotel berkenaan, Abdul Halim Mohd. Yusof berkata, penganjuran kali kedua itu disifatkan lebih meriah dengan penglibatan lebih ramai kanak-kanak.

Malah ia turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada 60 rakan strategik, antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tabung Haji dan Hospital Pakar KPJ Seremban.

“Berikutan sambutan menggalakkan, kami merancang untuk menganjurkan program sama tahun depan, tetapi pada skala lebih besar. Malah turut akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk memberi keseronokkan berganda kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Festival berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon.

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang dua hari penganjuran festival ini, antaranya acara pertunjukan silap mata, melukis batik dan penampilan badut yang lucu.

Abdul Halim berkata, acara dimeriahkan lagi dengan pelbagai peraduan dan pertandingan untuk kanak-kanak, seperti pertandingan mewarna, tarian dan nyanyian serta pertunjukan fesyen.

Malah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut terbabit dengan menampilkan arca belon dan pameran haiwan. 

Acara bertambah meriah dengan pertandingan Lego yang merupakan pertama kali di Negeri Sembilan.

Abdul Halim berkata, pada acara itu, Hospital Pakar KPJ Seremban turut menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengunjung, antaranya pemeriksaan kesihatan, analisis lemak badan oleh pakar diet dan pemeriksaan pertuturan serta pendengaran oleh pakar audiologi. 

“Menerusi kepelbagaian aktiviti disediakan daripada rakan strategik kami ini, secara tidak langsung memupuk minat kanak-kanak mendalami bidang yang disukai mereka pada masa akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya