Rock Warrior Music Festival tunda ke Mei 2025 - Utusan Malaysia

Rock Warrior Music Festival tunda ke Mei 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November ini telah ditunda ke tahun hadapan.

Penganjur, Rumah Produksi Merah dalam kenyataan memaklumkan penundaan itu disebabkan kemungkinan faktor cuaca yang memberi kesan kawasan Kuala Lumpur secara amnya.

“Festival ini terpaksa ditunda ke bulan Mei 2025 selepas mengambil kira keadaan cuaca yang berkemungkinan hujan lebat dan risiko banjir di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

“Selain penganjur, keselamatan peminat dan kelancaran festival adalah keutamaan kami.

“Kami juga mahu menjaga sensitiviti khususnya mereka yang terkesan dengan masalah banjir,” jelasnya.

Dalam kenyataan sama, pihak penganjur juga berkata mereka berharap penundaan berkenaan dapat memberi kesempatan untuk persiapan yang lebih mantap.

“Penjadualan semula ini memberi kami peluang untuk persiapan lebih menyeluruh untuk kami menyajikan pengalaman festival yang lebih baik dan memuaskan dalam keadaan cuaca lebih sesuai.

“Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas sokongan diberikan.

“Semua pembelian tiket tetap sah untuk tarikh baharu. Maklumat lanjut akan dikemaskini di laman web serta platform media sosial kami,” jelasnya.

Edisi sulung festival ini menampilkan barisan artis rock terkemuka tanah air seperti Wings, Search (Kid dan Din), XPDC Militia, Spider, Pop Shuvit dan A.C.A.B.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya