RM49 juta lebarkan jambatan usia 100  tahun di Pontian

RM49 juta lebarkan jambatan usia 100 tahun di Pontian

JAMBATAN Pontian Besar yang akan dilebarkan kepada empat lorong pada tahun hadapan dengan kos RM49 juta di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM49 juta bagi menaik taraf dan melebarkan Jambatan Sungai Besar daripada dua lorong kepada empat lorong.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jambatan sepanjang 300 meter itu ijangka dibina pertengahan tahun hadapan dengan tempoh pembinaan tiga tahun.

Menurut beliau, kos pembinaan tersebut termasuk bayaran bagi Pengambilan Balik Tanah (PBT) dan pengalihan utiliti seperti air, elektrik, komunikasi (telefon) serta kerja yang berkaitan.

“Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan membolehkan jambatan berusia 100 tahun dilebarkan bagi melancarkan aliran trafik menuju ke pusat bandar Pontian,” katanya ketika ditemui pada program Larian KampungKu di Kampung Lubok Sipat, Benut, disini, pagi ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pelebaran jambatan tersebut bagi memenuhi keperluan jangka panjang kerana jalan menuju ke bandar Pontian mempunyai empat lorong.

“Tiba-tiba apabila melalui Jambatan Sungai Besar hanya dua lorong dan ini tentunya tidak sepadan dengan aliran trafik yang meningkat terutama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan sebagainya,” ujarnya yang menyatakan permohonan projek perlebaran  Jambatan Sungai Pontian Besar iaitu laluan perhubungan terpenting dari Batu Pahat ke Pontian dibuat sejak 15 tahun lalu.

Ahmad berkata JKR juga sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi melebarkan Jambatan Parit Semerah yang kini masih dua lorong.

Sementara itu, Larian KampungKu sejauh 9 kilometer melibatkan lima chek point yang menampilkan beberapa aktiviti penduduk antaranya gerai jualan makanan, permainan dan pertanian di Kampung Lubok Sipat, Parit Haji Ariff, Parit Abdul Rahman dan Parit Yusof.

Peserta larian digalakkan memakai pakaian atau busana tradisional sebagai rakaman kenangan sepanjang mengambil bahagian pada acara tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya