RM3.37 juta bangunkan industri kopi di pedalaman Sabah

RM3.37 juta bangunkan industri kopi di pedalaman Sabah

ARTHUR Joseph Kurup (tiga kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang pengusaha kopi di Nabawan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NABAWAN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM3.37 juta bagi membangunkan industri kopi di pedalaman Sabah yang dilihat masih rendah dengan tahap pengeluarannya hanya pada kadar 35 peratus ketika ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pengeluaran kopi di daerah Nabawan dan Sook sebanyak 248 tan setahun mewakili 26.5 peratus pengeluaran kopi negeri Sabah yang melibatkan kawasan tanaman seluas 341.6 hektar.

Membantu membangunkan industri kopi di pedalaman Sabah, beliau mengumumkan peruntukan RM3.37 juta bagi pembinaan Coffee House dan Café Coffeelive di Stesen Pertanian Sepulut serta menaik taraf pusat pengumpulan hasil kopi di Nabawan.

“Peruntukkan ini menunjukkan komitmen kerajaan Persekutuan dan Jabatan Pertanian Sabah  membantu pengusaha kopi di pedalaman selain membuktikan industri ini mempunyai potensi luas dan terbuka untuk diterokai,” katanya semasa majlis pecah tanah projek pembinaan Coffee House dan Cafe Coffeelive, di sini hari ini.

Projek dibawa melalui program pengukuhan keterjaminan makanan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah dengan kerjasama kerajaan negeri itu, merupakan inisiatif quick-win KPKM dan dijangka siap pada Februari 2025.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dan RMKe-12, sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan bagi penanaman kopi di kawasan seluas 300 hektar.

Ujarnya, aktiviti pemprosesan hiliran berasaskan kopi perlu dibangunkan supaya dapat memberi nilai tambah kepada hasil kopi untuk pasaran tempatan dan juga eksport seterusnya meningkatkan pendapatan pengusaha kopi.  

Beliau turut menyarankan pengusaha tanaman kopi tempatan menggunakan kemudahan disediakan kementeriannya itu sepenuhnya dan tidak lagi perlu pergi jauh hingga ke Tenom. 

Sementara itu katanya, projek Coffee House dan Cafe Coffeelive disifatkan mampu memberi impak dalam membantu pengusaha tanaman kopi tempatan meningkatkan pendapatan dan  memperbaiki taraf sosio ekonomi mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya