RM2.53 bilion bagi pengambilan tanah Lebuh Raya Pan Borneo

RM2.53 bilion bagi pengambilan tanah Lebuh Raya Pan Borneo

SHAHELMEY Yahya (kiri) semasa persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan membelanjakan sejumlah RM2.53 bilion bagi proses pengambilan tanah dalam pelaksanaan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A dan Fasa 1B.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, bagi Fasa 1A, sejumlah RM1.32 bilion dibelanjakan bagi pengambilan tanah manakala dalam Fasa 1B pula sejumlah RM1.21 bilion dibelanjakan bagi tujuan sama.

Beliau berkata, pembayaran pampasan tanah kepada pemilik tanah diselesaikan melalui tatacara ditetapkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) termasuk pewartaan, penilaian, pemberian tawaran, penerimaan tawaran daripada pemilik tanah dan seterusnya proses pembayaran. 

Katanya, proses pengambilan tanah terutama tanah adat antara cabaran besar yang dihadapi dalam pelaksanaan projek LPB di negeri ini.

“Tanah yang dimiliki oleh individu atau komuniti berdasarkan hak adat memerlukan proses yang lebih panjang kerana ia perlu mendapat kelulusan daripada pemilik tanah serta persetujuan secara perundangan,” katanya semasa menjawab soalan dikemukakan Datuk Seri Yong Teck Lee (SAPP-ADUN Dilantik) pada persidangan DUN Sabah, hari ini.

Teck Lee bertanya tentang status dan perkembangan pembinaan LPB Sabah dan jangkaan projek itu siap sepenuhnya.

Menyentuh tentang tempoh persiapan LPB Sabah, Shahelmey berkata, pembinaan Fasa 1A yang sedang dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober 2026 manakala Fasa 1B dijangka siap keseluruhannya pada September 2028. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya