BERMULA sekadar suka-suka sejak 10 tahun lalu, minat melukis dan mengecat bekas tong gas pendingin hawa kini menjadi sumber pendapatan tetap Rizuan Mustafa, 56.
Menerusi kemahiran melukisnya, kebanyakan corak pemandangan lanskap, potret, watak kartun dan logo pada tabung tong gas yang dijual di tepi jalan Jalan Cheras, Kajang, Selangor mendapat sambutan pelanggan.
Dia mengambil masa antara seminggu hingga dua minggu untuk menyiapkan lukisan setiap bekas tong gas bergantung corak yang dihasilkan dan dijual dari harga RM125 hingga RM555. – UTUSAN