Rempuh tiga kereta, lelaki didakwa pandu lori di bawah pengaruh dadah

Rempuh tiga kereta, lelaki didakwa pandu lori di bawah pengaruh dadah

EZZANI Amar Fawzie Omar dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Trafik Khas Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah pada minggu lalu. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu lori yang merempuh tiga buah kenderaan dekat Simpang Kampung Bukit Kadir, Nilai di sini pada minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Khas Trafik Seremban hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah.

Tertuduh, Ezzani Amar Fawzie Omar, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Tertuduh sebagai pemandu lori jenis Nissan didapati memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah berbahaya jenis methaphetamine sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.

Perbuatan dilakukan di simpang Masjid Kampung Bukit Kadir, Nilai kira-kira 2 petang pada 1 November lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 44(1A)( a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020) dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan memandu tidak kurang 10 tahun dari tarikh sabitan.

Sementara itu, di dua kamar berlainan, Ezzani Amar turut berhadapan dua pertuduhan memasukkan dadah ke atas dirinya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Tertuduh kemudian tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis ke dalam dirinya.

Tarikh sebutan semula kes pada 7 Januari depan selepas hasil laporan urin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya