Reman warga asing korek mata lelaki disambung tiga hari

Reman warga asing korek mata lelaki disambung tiga hari

LELAKI warga asing yang mengorek mata seorang warga tempatan dalam satu pergaduhan di Tasek Gelugor baru-baru ini tiba di Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang dengan diiringi anggota polis untuk mendapatkan perintah sambungan reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Reman lelaki warga asing yang mengorek bebola mata kiri seorang lelaki tempatan dalam satu pergaduhan Sabtu lalu disambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pendakwaan terhadap suspek akan dibuat sebaik sahaja tempoh reman itu berakhir yang dijangka Jumaat ini.

“Ketika ini, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk untuk mendapatkan pengesahan berhubung dokumen perjalanan suspek ke negara ini daripada pihak Imigresen,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambah Anuar, ketika ini, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun, masih menerima rawatan dan pemantauan daripada pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Terdahulu, suspek yang berusia 28 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini dengan diiringi anggota polis kira-kira pukul 10.45 pagi tadi untuk mendapatkan perintah sambungan reman.

Perintah tersebut kemudian dikeluarkan oleh Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Suspek sebelum ini direman empat hari bermula 17 November selepas ditahan polis kerana bertindak mengorek keluar bebola mata kiri seorang lelaki dalam pergaduhan berhampiran sebuah pangsapuri di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor.

Pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang berusia 52 tahun kerana mengganggunya dalam keadaan mabuk.

Difahamkan, dalam kejadian itu, suspek telah mengorek mata kiri mangsa menggunakan tangannya sebelum ditahan polis di lokasi kejadian. Bebola mata kiri terbabit turut ditemui berhampiran mangsa oleh petugas kesihatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya