Remaja pukau penonton dengan gambus, bakal wakil  Malaysia ke Prague

Remaja pukau penonton dengan gambus, bakal wakil  Malaysia ke Prague

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermain gambus bagi golongan muda remaja bukan satu tarikan apatah lagi sekiranya mahu mengejar populariti atau dijadikan sebagai kerjaya.

Namun berlainan bagi Putra Luqmanul Haqeem Muhammad Nazli, 16 yang minat bermain alat tradisional tersebut, malah cintanya terhadap seni itu bermula sejak dirinya berada di bangku sekolah lagi.

Katanya bermain alat muzik itu memberikan kepuasan buat dirinya lebih-lebih sekiranya mendapat tepukan daripada penonton.

Pelajar Sekolah Seni Malaysia ini tidak kekok sebaliknya memukau penonton menerusi gaya persembahan yang bersahaja dengan tangan ligat memetik gambus.

Menceritakan detik awal penglibatan dalam seni muzik itu katanya, segala-galanya bermula selepas melihat kehandalan salah seorang pemain gambus Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

“Saya mendapat inspirasi daripada pemain tersebut. Daripada situ saya dengar permainan gambus beliau dan saya belajar. 

“Kemudian barulah saya  biasakan dengan jari-jemari saya dengan gambus,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. 

Putra Luqmanul Haqeem antara sebahagian daripada pelajar yang mengadakan persembahan dalam Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang berlangsung  tiga hari  bermula hari ini hingga Ahad dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

Biarpun handal memetik gitar dan bermain drum, Putra Luqmanul Haqeem mengakui lebih selesa dan teruja dengan alat permainan tersebut malah kini dalam persiapan untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan dunia yang bakal berlangsung di Prague, Republik Czech pada hujung bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya