Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16

Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16

LEE SWEE SAKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang remaja perempuan maut dipercayai selepas terjatuh dari biliknya di tingkat 16 sebuah kondominium di Farlim di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.45 tengah malam ketika ibu bapa kepada remaja berusia 15 tahun itu tiada di rumah mereka.

Ketika kejadian, remaja terbabit dikatakan berada di rumahnya bersama seorang teman lelaki berusia 16 tahun.

Turut berada di rumah tersebut ialah kakak angkat kepada remaja perempuan berkenaan yang berumur dalam lingkungan 20-an.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden tersebut, namun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya