Remaja lelaki maut jatuh dari tingkat empat bangunan sekolah

Remaja lelaki maut jatuh dari tingkat empat bangunan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah sekolah di daerah ini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.11 pagi tadi dan remaja terbabit disahkan meninggal dunia  pukul 7.45 pagi.

“Siasatan lanjut menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan terbabit.

“Pelajar tersebut juga mengalami beberapa kesan kecederaan pada bahagian kepala, bahu kanan dan muka. Punca kematian disebabkan jatuh dari tempat tinggi,” katanya hari ini.

Beberapa saksi dalam kalangan pelajar dan guru dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelak kekeliruan dan kegusaran masyarakat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN