Remaja direkrut sertau kongsi gelap ingin dapat perlindungan 

Remaja direkrut sertau kongsi gelap ingin dapat perlindungan 

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan polis mendapati pelajar sekolah yang direkrut menyertai kumpulan kongsi gelap 360 dipercayai  ingin mendapat perlindungan terutama jika dipukul di sekolah. 

Ia susulan siasatan lanjut yang dilakukan terhadap 14 remaja termasuk pelajar antara 61 individu ditahan dalam serbuan di lokasi dipercayai tempat upacara angkat sumpah kumpulan kongsi gelap di Salak Selatan, Sungai Besi, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan mendapati remaja tersebut diajak oleh bekas pelajar berusia 18 tahun yang turut ditahan dalam serbuan itu untuk menyertai kumpulan berkenaan.

Menurut beliau, lima daripada remaja tersebut masih bersekolah manakala sembilan lagi sudah berhenti belajar.

“Remaja itu ditawarkan  perlindungan dan keselamatan jika berlaku apa-apa masalah di kemudian hari jika menyertai kumpulan itu.

“Malah mereka turut dijaga kebajikan dan akan membantu jika dalam kesusahan terutamanya jika dipukul di sekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kata beliau, dalam serbuan itu, polis turut menahan salah seorang yang mempunyai rekod orang dikehendaki bersabit kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Difahamkan, ketika serbuan, ada yang masih berpakaian sekolah dipercayai ponteng untuk mengikuti acara angkat sumpah.

Jumaat lalu media melaporkan seramai 14 remaja termasuk pelajar antara 61 individu ditahan dalam serbuan di lokasi dipercayai tempat upacara angkat sumpah kumpulan kongsi gelap di Salak Selatan, Sungai Besi, di sini.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Cheras, pada 11 pagi.

Ia berdasarkan maklumat dan risikan ke atas sebuah premis rumah kedai di Salak Selatan Baru, dekat sini.

Ketika serbuan dibuat, seramai 61 individu berada dalam premis dipercayai sedang bersiap sedia untuk merekrut ahli baru terdiri daripada 14 remaja bawah umur dan pelajar berusia antara 14 hingga 17 tahun untuk menyertai pertubuhan disyaki mempunyai kaitan dengan Kumpulan Kongsi Gelap 360.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya