‘Realitinya ramai saja muka baik, hati busuk’ - Utusan Malaysia

‘Realitinya ramai saja muka baik, hati busuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ummi Nazeera memberitahu dia sudah lama mendambakan untuk membawa watak antagonis dalam sesebuah naskhah.

Menurut Ummi, mungkin kerana wajahnya yang lembut membuatkan dia sukar untuk ditawarkan watak tersebut walaupun secara dasarnya ada saja individu yang berperwatakan baik tetapi mempunyai hati yang jahat.

“Susah sangat nak dapat. Secara logiknya, realitinya ramai saja yang muka baik tapi hati busuk. Kita tengok realiti dalam kehidupan sebab jahat ni datang daripada hati. Bukan datang daripada muka.

“Apa yang dia buat itu dia bukan dia punya penampilan. Ramai orang yang menunggang agama juga kita nampak sekarang ini.

“Luaran dia nampak macam baik,” katanya menerusi sebuah sesi podcast, Borak Selebriti Sinar.

Dalam masa sama, pelakon drama Andai Tiada Dia itu mengidamkan watak antagonis yang mempunyai kisah lampau yang menyebabkan watak tersebut berubah menjadi jahat dalam sesebuah naskhah.

Kata Ummi, dia percaya setiap manusia dilahirkan dalam keadaan hati yang bersih namun, perjalanan hidup itu yang mempengaruhi kelakuan seseorang itu untuk menjadi baik ataupun sebaliknya.

“Bagi saya, itu bukan sesuatu yang mengejutkan kalau perempuan bertudung macam saya untuk membawa karakter jahat.

“Tapi saya idamkan watak jahat bukan yang jahat tanpa sebab. Saya idamkan karakter jahat yang ada kisah disebaliknya sebab saya percaya setiap manusia dilahirkan, Allah lahirkan dia bersih.

“Sebenarnya, baik tapi perjalanan hidup dia yang menjadikan dia begitu. Dia trauma ke. Jadi, saya akan suka karakter itu yang ada sebab kenapa dia jadi macam ini,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya