Rampasan 6,000 pil kuda: Penyanyi lagu daerah Kelantan ditahan di Golok 

Rampasan 6,000 pil kuda: Penyanyi lagu daerah Kelantan ditahan di Golok 

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyanyi wanita yang popular dengan lagu-lagu daerah negeri ini ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan berkaitan rampasan 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Golok, Thailand semalam.

Kesemua individu termasuk penyanyi berusia 20-an itu  ditahan dalam serbuan pada pukul 5 pagi waktu tempatan.

Sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penyanyi tersebut antara enam individu yang ditahan dalam serbuan tersebut.

Katanya, ketika ini penyanyi tersebut masih  berada dalam tahanan polis untuk membantu siasatan.

“Itu maklumat yang saya peroleh setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat ketika dihubungi berkata, buat masa ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan kes tersebut.

Katanya, polis Kelantan akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung tangkapan tersebut.

Terdahulu tular melalui aplikasi WhatsApp seorang penyanyi wanita popular negeri ini ditahan di Golok.

Berpandukan kepada maklumat itu, kesemua mereka ditahan selepas selesai berhibur di sebuah pusat hiburan yang terletak di bahagian bawah hotel.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh polis Thailand menjumpai sebanyak 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

Bagaimanapun, dua lagi suspek yang tidak dikenali berjaya melepaskan diri dalam serbuan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya