Rakyat Malaysia pulang guna pangkalan haram akan ditangkap bermula 1 Disember

Rakyat Malaysia pulang guna pangkalan haram akan ditangkap bermula 1 Disember

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan melaksanakan operasi besar-besaran untuk menangkap rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, bermula 1 Disember depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, penguatkuasaan itu merupakan satu langkah untuk memperkasakan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu menggunakan laluan yang tidak diwartakan untuk memasuki negara ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia akan ditangkap sebaik menjejakkan kaki di negara ini selepas pulang dari Thailand melalui pangkalan haram.

“Undang-undang menerusi Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 sudah ada, cuma kita akan lebih menguatkuasakan akta itu pada 1 Disember ini.

“Kita akan tangkap rakyat Malaysia yang masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan. Bukan hanya rakyat tempatan, warga asing seperti Thailand dan Myanmar juga akan dikenakan tindakan sama,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, langkah memperketatkan undang-undang itu untuk mengelak penyeludupan terutama dadah dan senjata api daripada terus berleluasa di negara ini.

Menurutnya, semua perjalanan melibatkan rakyat Malaysia ke Thailand perlu melalui pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan.

“Kawalan di sempadan negara akan dijalankan selama 24 jam bermula tarikh tersebut. Ada yang mengatakan ramai remaja dari Thailand bersekolah di sini dan pelajar di Kelantan belajar di pondok di seberang.

“Jadi, mereka perlu melalui ICQS selepas ini untuk masuk atau keluar dari dua negara. Jika tidak, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya