Rakyat Malaysia ke China diberi pengecualian visa 30 hari

Rakyat Malaysia ke China diberi pengecualian visa 30 hari

KEDUTAAN China dalam kenyataan di Facebook berkata, pelaksanaan tempoh itu akan berkuat kuasa pada 30 November sehingga 31 Disember ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemerintah China melanjutkan tempoh pengecualian visa dari 15 hari kepada 30 hari untuk rakyat Malaysia yang berkunjung ke republik itu.

Kedutaan China dalam kenyataan di Facebook berkata, pelaksanaan tempoh itu akan berkuat kuasa pada 30 November sehingga 31 Disember ini.

“China meluaskan skop dan memanjangkan tempoh menetap rakyat Malaysia yang termasuk dalam kategori tersenarai dasar perintis pengecualian visa China ke Malaysia, berkuat kuasa dari tengah malam pada 30 November hingga tengah malam pada 31 Disember 2024 (waktu Beijing).

“Pemegang pasport biasa rakyat Malaysia yang datang ke China untuk tujuan perniagaan, bersiar-siar, melawat saudara-mara atau rakan-rakan, transit dan yang menghadiri program pertukaran, boleh masuk ke China tanpa visa dan tinggal di negara itu tidak melebihi 30 hari.

“Mereka yang tidak termasuk dalam kategori yang disenaraikan di atas masih perlu mendapatkan visa sebelum pergi ke China,” jelas kenyataan itu.

China sebelum ini dilaporkan bersetuju melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya