Rakyat Malaysia disahkan jadi tentera upahan di Ukraine 

Rakyat Malaysia disahkan jadi tentera upahan di Ukraine 

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan seorang rakyat tempatan yang dokumen peribadi miliknya ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia, disahkan berkhidmat sebagai tentera upahan asing.

Beliau berkata, ia berdasarkan siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan tular gambar warga tempatan terbabit dalam media sosial.

Katanya, lelaki berusia 20 tahun terbabit masih hidup dan dilaporkan selamat.

Menurut beliau, siasatan mendapati lelaki terbabit berada di Ukraine sejak April lalu dan menjalani latihan ketenteraan.

“Lelaki itu menyertai perang di Ukraine kerana minat dalam ketenteraan dan menerima gaji antara RM 1,700 sehingga RM12,000 (AS400 hingga AS2,700) sebulan mengikut tahap bahaya di medan perang.

“Selain itu, tekanan daripada keluarga turut dipercayai menyebabkan dia sanggup menjauhkan diri daripada keluarga ke negara berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razarudin berkata, ketika di medan perang, lelaki itu dikatakan tercedera di kaki akibat terkena serpihan dron daripada pasukan tentera lawan.

“Dia melarikan diri namun dokumen peribadi termasuk MyKad dan lesen memandunya tercicir,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini hanya seorang warga tempatan yang menyertai pasukan ketenteraan Ukraine.

“Lelaki terbabit memohon menjadi tentera upahan melalui satu laman sesawang dan mengisinya secara dalam talian.

“Malah dia juga memberitahu kepada keluarganya bahawa dia enggan pulang ke Malaysia,” ujarnya.

Katanya, lelaki terbabit juga memaklumkan turut terdapat individu dari negara lain turut menjadi tentera upahan Ukraine.

Terdahulu, tular penemuan dua keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Dokumen berkenaan antaranya menunjukkan alamat berdaftar di Padang Besar, Perlis.

Dokumen itu didakwa ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya