Rakaman keterangan Vivy, suami oleh SPRM bersambung esok

Rakaman keterangan Vivy, suami oleh SPRM bersambung esok

KENDERAAN membawa Vivy Yusof dan suaminya keluar dari ibu pejabat SPRM, Putrajaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersambung esok.

Sumber berkata, proses rakaman percakapan itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Esok akan sambung ambil keterangan pukul 10 pagi,” katanya.

Setakat pukul 8 malam tadi, proses mengambil keterangan masih berjalan dan difahamkan, proses ambil keterangan itu dijangka selesai pada pukul 10 malam ini.

Sebelum ini, pasangan terbabit hadir di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 2.30 petang tadi.

Kehadiran mereka disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Ia susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN