Quincy Jones selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Quincy Jones selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Legenda muzik antarabangsa, Quincy Jones selamat dikebumikan dalam satu acara di sini, pada Ahad waktu tempatan.

Pengebumian pemuzik terkenal itu dilaksanakan selepas satu minggu mendiang meninggal dunia.

Pihak Keluarga dalam kenyataan memaklumkan majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

“Kami berterima kasih atas ucapan takziah dan dedikasi rakan-rakan dan peminat mendiang.

“Maklumat lanjut mengenai upacara memperingati beliau akan dikongsikan nanti,” kata keluarganya dalam kenyataan.

Jones menghembuskan nafas terakhir disamping keluarga di kediamannya dekat Bel Air, di sini 3 November lepas.

Mendiang berusia 91 tahun.

Jones merupakan pemuzik dan komposer disegani yang pernah menerbitkan album Raja Pop dunia, Michael Jackson.

Mendiang juga pernah bekerjasama dengan legenda-legenda Hollywood antaranya Frank Sinatra, Ray Charle dengan menghasilkan muzik latar dan lagu untuk filem.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya