Pusat hiburan digempur, 215  diperiksa, 89 ditahan

Pusat hiburan digempur, 215  diperiksa, 89 ditahan

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur memeriksa 215 individu selepas menyerbu sebuah pusat hiburan terkemuka di ibu kota malam tadi.

Menerusi operasi bermula pukul 12.45 tengah malam itu, semua yang diperiksa membabitkan pelanggan serta pekerja premis.

Pengarah JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan menerusi Op Gegar #KLStrikeForce  dibuat susulan aduan diterima masyarakat berhubung aktiviti pusat hiburan itu.

Kata beliau, seramai 29 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi berkenaan dan mereka menahan seramai 89 individu warga asing dan tempatan yang  semuanya berumur 23 hingga 58 tahun.

“Mereka yang ditahan membabitkan 61 wanita warga Thailand, Vietnam (10 orang) dan Laos (seorang) selain enam lelaki Bangladesh, China (dua orang).

“Turut ditahan lapan lelaki dan seorang wanita tempatan,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, kata beliau, tindakan diambil melibatkan kesalahan tidak mempunyai permit kerja yang sah, salah guna permit, tinggal lebih masa dan bagi warga tempatan mereka dipercayai melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut beliau, siasatan awal mendapati terdapat warga asing yang ditahan dipercayai memasuki negara ini sebagai pelancong.

“Kesalahan ketara dikesan melibatkan salah guna pas, mereka memasuki Malaysia kononnya untuk melancong namun akhirnya didapati bekerja secara tidak sah.

“Siasatan awal terhadap individu warga tempatan ini dipercayai mereka ini bekerja sebagai penjaga dan pengurus premis,” jelasnya.

Wan Mohammed Saupee berkata, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Jabatan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya