Pulau Pinang: SPRM komited semai kesedaran antirasuah kepada pelajar

Pulau Pinang: SPRM komited semai kesedaran antirasuah kepada pelajar

MOHD Fuad Bee Basrah (kiri) menerima cenderamata daripada Azlan Amran pada 'Forum Pengukuhan Tatakelola Madani dan Impaknya Kepada Masyarakat' di USM, George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang komited untuk terus mempergiatkan usaha menyemai kesedaran terhadap keburukan gejala rasuah bermula di peringkat lebih rendah.

Untuk itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd. Fuad Bee Basrah berkata, pihaknya akan terus turun ke sekolah-sekolah bagi memberi pendedahan mengenai perkara tersebut kepada golongan pelajar.

Pada masa yang sama katanya, Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) yang diwujudkan di universiti-universiti juga diharap dapat membantu pelajar di peringkat yang lebih tinggi untuk lebih memahami serta menerapkan semangat kebencian terhadap rasuah.

“Dengan memahami implikasi (kesan buruk akibat) rasuah, pelajar pastinya akan lebih cenderung untuk mengamalkan nilai-nilai atau etika yang positif apabila mereka memasuki alam pekerjaan termasuk ketika memegang jawatan penting kelak.

“Dalam hal ini, pendidikan mengenai rasuah di peringkat awal berupaya meningkatkan kesedaran tentang betapa seriusnya kesan rasuah terhadap masyarakat dan negara,” kata beliau.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan ‘Forum Pengukuhan Tatakelola Madani dan Impaknya Kepada Masyarakat’ yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Azlan Amran di Auditorium Murad Md Noor Sains @USM Bukit Jambul di sini, hari ini.

Selain Pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr P. Sivamurugan, forum itu turut dianggotai oleh anggota Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah & Panel Semakan Operasi SPRM, Dr Mazlan Ahmad dan Timbalan Presiden 2 Pemerhati Rasuah Malaysia, Datuk Dr. GP Doraisamy sebagai ahli panel.

Dalam pada itu, Mohd. Fuad turut berharap agar forum berkenaan dapat dijadikan sebagai salah salah medium atau platform untuk pihaknya menyebarluaskan maklumat berkaitan antirasuah kepada generasi muda khususnya golongan pelajar.

“Kami (SPRM) sentiasa komited untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Namun, dalam hal ini, kami tidak boleh bergerak sendirian.

“Ini kerana, perjuangan memerangi rasuah memerlukan kerjasama semua pihak agar sama-sama menyokong usaha pencegahan jenayah rasuah dan sama-sama memerangi mereka yang terlibat dengan rasuah secara habis-habisan,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya