PRU tiga tahun lagi, jangan sibuk berpolitik - Zahid

PRU tiga tahun lagi, jangan sibuk berpolitik – Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor diingatkan masih ada tiga tahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi mengumumkan pengagihan kerusi yang bakal ditandingi setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menasihatkan Amanah supaya tidak sibuk bermain politik, malah perlu lebih memberi fokus kepada rakyat.

“Kita akan serahkan kepada kepemimpinan parti berkenaan. Saya fikir pilihan raya umum lama lagi. Tiga tahun lagi.

“Jangan sibuk berpolitik. Kita mesti sibukkan diri kita untuk rakyat dahulu,” katanya selepas menutup Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Luar Bandar Madani Tahun 2024 di Hotel Tenera, di sini, hari ini.

Terdahulu, Amanah Johor dilapor memutuskan untuk bertanding sebanyak 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah kerusi tersebut muktamad sama ada Pakatan Harapan (PH) bertanding sendiri mahupun bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

“Amanah Johor telah mengenal pasti kerusi DUN yang menjadi sasaran selain DUN Simpang Jeram yang dipegang, ketika ini.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara PH, BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya yang akan berlaku di Johor nanti.

“Keputusan ini juga diambil kerana Amanah Johor tidak bersetuju dengan kepimpinan BN negeri yang langsung tidak menunjukkan kemahuan membentuk kerajaan perpaduan di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya