Proses rakam keterangan Vivy, suami memasuki hari keempat

Proses rakam keterangan Vivy, suami memasuki hari keempat

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses merakam keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki hari keempat  hari ini.

Menurut sumber, pasangan terbabit selesai direkod keterangan di Ibu Pejabat SPRM pukul 10.30 malam tadi.

“Mereka akan menyambung keterangan pada pukul 9 pagi ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Media semalam melaporkan SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, transaksi mencurigakan itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu berdasarkan siasatan yang dijalankan setakat ini.

Pasukan siasatan setakat ini merumuskan terdapat transaksi akaun meragukan daripada sebuah syarikat (dikaitkan dengan pasangan pengasas FashionValet) dan beberapa pihak lain yang disiasat.

SPRM juga berjaya mengesan beberapa transaksi kewangan mencurigakan. (Transaksi mencurigakan) ini bermula dari 2018 hingga 2023.

Kelmarin, SPRM menggeledah kediaman pasangan berkenaan dan menyita 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

Malah, SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas terbabit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya