Program puisi tiga kaum pupuk perpaduan negara

Program puisi tiga kaum pupuk perpaduan negara

AARON ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Sanggar Puisi Perpaduan 2024: Perpaduan Dirai, Bahasa Disantuni hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Integrasi kaum dalam negara mampu dipupuk menerusi penganjuran program berbentuk puisi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Aro Dagang berkata, program sedemikian boleh diadakan dengan meliputi ketiga-tiga bahasa etnik besar di negara ini bagi memastikan mesej puisi sampai kepada semua.

Menurut beliau, menerusi program ini sekali gus menunjukkan bahasa dan sastera sebagai jambatan perpaduan serta wadah yang menghubungkan jiwa-jiwa kita sebagai satu bangsa Malaysia yang harmoni.

“Pelaksanaan program ini juga suatu platform untuk membangkitkan minat dan cinta terhadap puisi, serta memupuk benih perpaduan melalui keindahan bahasa dan sastera dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

“Ini memberikan penghargaan kepada keindahan bahasa masing-masing di samping menggalakkan perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Aaron menyempurnakan Majlis Perasmian Sanggar Puisi Perpaduan 2024 : Perpaduan Dirai, Bahasa Disantuni.

Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) diadakan bertujuan untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.

Dalam pada itu Aaron berkata, Perpustakaan Negara akan menganjurkan program seperti Festival Puisi Rakyat dengan mengundang penyair pelbagai etnik dan bahasa untuk mendeklamasikan puisi.

“Ini memberikan penghargaan kepada keindahan bahasa masing-masing di samping menggalakkan perpaduan.

“Diharapkan Malaysia terus menjadikan bahasa dan sastera sebagai jambatan perpaduan serta sebagai wadah yang menghubungkan jiwa-jiwa kita sebagai satu bangsa Malaysia yang harmoni,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya