Program latihan mampu tingkat tenaga pakara bidang semikonduktor, AI

Program latihan mampu tingkat tenaga pakara bidang semikonduktor, AI

NG Sze Han ketika bercakap pada sidang media mengenai pemindahan kembali penduduk Taman Wawasan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Program dan latihan gabungan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) serta industri dijangka mampu melahirkan tenaga pakar dalam bidang semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI). 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata,  perkembangan bidang itu bergerak perlahan dalam negara atas faktor kurangnya penghasilan bakat-bakat baharu. 

“Kita perlu ada lebih ramai pakar dalam bidang semikonduktor dan juga bidang AI. 

“Jadi melalui program atau latihan yang telah digabungkan di bawah STDC dan  Malaysia Semiconductor Advance melalui penubuhan institusi di bawah Kerajaan Selangor diharap dapat memperbanyak tenaga pakar bidang itu,” katanya selepas sidang akhbar pemindahan kembali penduduk yang terjejas tanah runtuh Disember tahun lepas di Taman Wawasan, di sini hari ini. 

Beliau berharap kerajaan negeri boleh menyalurkan peruntukan secukupnya bagi melancarkan program latihan kursus dan kepakaran dalam bidang tersebut menerusi Belanjawan Selangor yang akan dibentangkan pada 15 November ini.

 Beliau turut berharap portfolionya masih mendapat peruntukan mencukupi untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS)  dan Pameran Udara Selangor (SAS). 

“Kedua-dua program ini merupakan penganjuran penting untuk mempromosikan Selangor sebagai hab pelaburan utama di rantau Asia ini.

“Kita turut mengharapkan boleh mendapat sedikit peruntukan untuk mengembang atau mempromosikan industri semikonduktor dan juga AI kerana ia merupakan trend terkini dan merupakan salah satu sektor yang akan diberi fokus di Selangor,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, segalanya terserah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk membuat keputusan yang terbaik buat semua portfolio exco.

“Semua portfolio dan jabatan telah mengemukakan permintaan peruntukan dan penelitian menyeluruh dilakukan berharap menyediakan satu bajet yang terbaik untuk rakyat di Selangor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya