PRN17: Pas intai rakan strategik, tidak akan bergerak solo

PRN17: Pas intai rakan strategik, tidak akan bergerak solo

ALIAKBAR GULASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pas Sabah tidak akan bergerak secara solo dan akan mencari rakan strategik dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan berkata, mereka telah memutuskan untuk bergerak dengan rakan strategik yang akan diputuskan kelak.

“Pas akan bekerjasama dengan parti yang sesuai dengan citarasa PAS iaitu parti yang bersih dan memperjuangkan hak rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

ADUN Dilantik berkata, pada masa ini, Pas sudah cukup bersedia dengan gerak kerja untuk menghadapi pilihan raya yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr. Syahruddin Ag. Ahmad berkata, Pas mempunyai kelebihan untuk mencuba nasib dalam PRN17 memandangkan parti itu pernah bertanding pada PRN Sabah yang lalu.

Sekiranya agihan kerusi DUN untuk PRN17 melibatkan Pas Sabah sebagai calon di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) maka, GRS akan mengerahkan jentera kempen untuk turun padang bagi membantu calon Pas memperoleh undi di kerusi DUN yang ditandingi kelak.

“Pas perlu berani dan terbuka dalam konteks dinamika serta lanskap politik Sabah. Jadi, demi untuk meyakinkan rakyat Sabah secara umum dan akar umbi di kerusi DUN yang ditandingi bahawa perjuangan Pas adalah untuk semua agama dan kaum serta tidak bertunjangkan kepada prinsip perjuangan utama parti tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Syahruddin berkata, bukan mudah untuk melunakkan hati dan minda rakyat Sabah yang masih kuat berpegang kepada adat dan agama masing-masing. Perancangan teliti ke atas strategi dan taktik kempen bagi meyakinkan pengundi adalah amat penting dan perlu disesuaikan mengikut tempat dan masyarakat.

Menurutnya, strategi Pas yang anjal kepada suasana masyarakat di negara ini pernah diusahakan oleh Pas Pusat melalui konsep Negara Berkebajikan dan Gagasan Sejahtera sebagai teras perjuangannya.

Malah, Pas Sabah perlu memainkan peranan untuk membuktikan bahawa parti ini tidak boleh disamakan dengan mana-mana parti nasional lain yang kini berhadapan dengan situasi mencabar untuk mengembalikan keyakinan akar umbi.

Jelas beliau, terdapat keperluan bagi Pas Sabah juga untuk merancang tawaran dalam kempen mereka menerusi mesej kempen yang sesuai mengikut cara rakyat Sabah berfikir dan membuat keputusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya