PRN Sabah: Orang Sabah tidak suka dipaksa

PRN Sabah: Orang Sabah tidak suka dipaksa

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: “Jangan ada paksaan daripada mana-mana pihak luar untuk menentu, mencatur siapa bergabung dengan siapa sebab orang Sabah ini tidak boleh dipaksa.”

Demikian kata Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd. Ali mengenai kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Beliau berkata, dalam proses demokrasi mana-mana parti boleh bergabung dan bagi pihak GRS, mereka amat menghargai kerjasama Pakatan Harapan (PH) dalam memastikan kerajaan sedia ada diteruskan.

“Komitmen kita supaya mandat diteruskan dan sekiranya PH terbuka untuk bekerjasama, ia akan dibincangkan. Majlis Tertinggi GRS yang akan memutuskan bersama dengan berunding dengan pihak yang terlibat.

“Bagi saya, yang memutuskannya biarlah orang Sabah, pemimpin Sabah. Jangan ada paksa-paksa. Orang Sabah ini bila pilihan raya, kita pun tahu daripada dulu kalau dipaksa, orang jadi calon bebas pun boleh menang bertanding,” katanya selepas lawatan ke tapak projek naik taraf Jalan Lok Kawi-Kinarut, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan BN-PH Sabah yang memutuskan untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN17.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, segala keputusan berkaitan kerjasama biarlah ditentukan oleh kepimpinan GRS. 

Katanya, sebarang kerjasama yang penting bukan hanya perlu menang pilihan raya tetapi bagi  mewujudkan kerajaan yang stabil.

“Orang Sabah mendambakan Sarawak. Saya sudah sebut sebelum ini, kalau kita mahu jadi macam Sarawak, kena ikut cara Sarawak. Itu yang penting bagi saya.

“Komitmen kita mahu lonjakan kepada pembangunan di Sabah. Rakyat memerlukan kerajaan yang stabil, kerajaan yang komited dan mahu membina satu bentuk dan struktur hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan yang lebih kondusif,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya