PRESMA bantah kenaikan harga makanan di Restoran India Muslim

PRESMA bantah kenaikan harga makanan di Restoran India Muslim

JAWAHAR ALI TAIB KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) melahirkan kebimbangannya terhadap cadangan kenaikan sebanyak lima peratus harga makanan di restoran India Muslim yang dijangka dilaksanakan di Johor tahun depan.

Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, meskipun memahami tekanan kos operasi akibat kenaikan harga bahan mentah dan pelaksanaan gaji minimum, langkah menaikkan harga perlu dipertimbangkan semula supaya tidak membebankan pengguna, khususnya yang berpendapatan rendah.

“Tindakan menaikkan harga, dikhuatiri menjejaskan daya saing restoran selain memberi impak kepada pelanggan setia,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim dilaporkan berkata kenaikan itu susulan peningkatan kos operasi disebabkan kenaikan berterusan harga bahan mentah.

Peningkatan kos operasi juga berlaku susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 mulai Februari depan.

Kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim atau mamak di Johor mengadu kos operasi mereka terus meningkat tinggi dan dijangka pelaksanaan gaji minimum mulai tahun hadapan, akan melonjakkan lagi kos operasi.

Dalam pada itu, PRESMA menyarankan kerajaan menyediakan bantuan subsidi atau sokongan kewangan bagi mengurangkan kos bahan mentah dan operasi.

“Pengusaha restoran perlu memperbaiki pengurusan operasi secara efisien bagi mengawal kos tanpa perlu menaikkan harga.

“Perbincangan berterusan antara pengusaha dan pihak berwajib turut dicadangkan bagi mencari solusi terbaik untuk semua pihak,” katanya yang berharap cadangan berkenaan dikaji semula agar keseimbangan dapat dicapai antara kelangsungan perniagaan dan kemampuan pengguna.

“Persatuan berjanji akan terus memperjuangkan kepentingan pengusaha dan pelanggan dalam usaha memastikan sektor restoran India Muslim kekal berdaya saing dan mesra pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya