Prasarana diiktiraf di peringkat antarabangsa

Prasarana diiktiraf di peringkat antarabangsa

MOHD Azharuddin Mat Sah (dua, kiri) dan Mohamed Mezghani bertukar dokumen kejasama antara Prasarana dengan UiTP disaksikan oleh Hasbi Habibollah (tiga, kiri) dan Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim (tiga, kanan) di Menara Prasarana, Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemeteraian perjanjian kolaborasi antara Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) akan memperkukuhkan kedudukan Prasarana dalam mengembangkan sektor pengangkutan awam di Malaysia dan global.

Ia juga akan menyediakan platform untuk peningkatan kemahiran dan latihan bagi tenaga kerja serantau dalam industri pengangkutan awam. 

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, penubuhan Pusat Latihan Serantau (RTC) ini akan membawa pelbagai impak positif kepada Malaysia.

“Platform ini akan meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai salah satu daripada dua RTC dan 10 yang terakhir di Asia Pasifik.

“Malaysia kini diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan pengangkutan awam di peringkat global, menjadikan negara kita sebagai pemain utama yang dihormati dalam sektor ini,” katanya dalam majlis menandatangani MoU antara Prasarana dan UITP di Menara Prasarana, hari ini. 

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, pengiktirafan itu akan membantu meningkatkan profil negara dalam industri pengangkutan awam. 

“Sebagai RTC di bawah naungan Union Internationale des Transports Publics (UITP), Prasarana kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh. 

“Ini bukan sahaja membangunkan modal insan dalaman tetapi juga untuk memberi manfaat kepada seluruh ekosistem pengangkutan awam di Malaysia dan Asia-Pasifik,” katanya.

Mengulas lanjut, Azharuddin berkata, Prasarana menyasarkan untuk melatih 450 kakitangan melalui RTC dalam tempoh empat tahun. 

Kata beliau, ia akan mengukuhkan kepimpinan dan kemahiran teknikal bagi memastikan tenaga kerja memiliki pengetahuan terkini dalam sektor pengangkutan awam. 

Sementara itu, Ketua Setiausaha UITP, Mohamed Mezghani berkata, kerjasama itu akan memberi peluang untuk melatih sejumlah besar kakitangan dalam pelbagai topik yang akan dipilih oleh Prasarana.

“Pemilihan Prasarana sebagai tuan rumah pusat latihan serantau UITP mencerminkan kepercayaan UITP terhadap kerjasama ini akan membantu Prasarana menjadi model bagi bandar-bandar dan sistem pengangkutan awam lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya