Prasarana anjur pameran khas sempena dua dekad Rapid KL

Prasarana anjur pameran khas sempena dua dekad Rapid KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bakal menganjurkan pameran istimewa sempena sambutan dua dekad Rapid KL yang akan mengetengahkan sejarah, pencapaian, dan evolusi pengangkutan awam di bawah kendalian syarikat itu.

Pameran akan berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 November ini di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange (TRX) dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. 

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah, sambutan itu bukan sahaja menandakan pencapaian Rapid KL sebagai penyedia pengangkutan awam, tetapi juga sebagai entiti yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian warga kota.

“Sambutan ulang tahun ini bukan hanya menandakan perjalanan kami sebagai penyedia perkhidmatan awam, tetapi juga sebagai sebahagian daripada hidup warga kota yang mempercayai kami setiap hari.

“Sepanjang dua dekad beroperasi, Rapid KL telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan.

Usaha itu dikatakan telah memberi impak yang signifikan dalam kehidupan penduduk, memudahkan perjalanan harian mereka.

Pameran tersebut akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti sejarah Rapid KL, pameran Projek LRT Laluan Shah Alam (LRT3), reruai Pemeriksaan Awam MRT3, serta reruai rakan strategik Pas MyTourist. 

Selain pameran, pengunjung boleh menyertai program-program seperti MyRapid Junior, Malam Muzik Rapid KL, Akustik Bersama Rapid KL, dan Pesta Makanan Rapid KL yang akan menghimpunkan 49 gerai makanan serta minuman daripada peniaga tempatan. 

Mengulas lanjut, Azharuddin berkata, aktiviti ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Rapid KL Support Lokal.

“Kami menjemput semua warga kota untuk mengambil kesempatan ini bersama-sama mengimbas kembali evolusi Rapid KL serta mengunjungi pameran dan reruai yang disediakan. Anda digalakkan menaiki perkhidmatan MRT ke Stesen TRX untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menikmati perjalanan yang lebih lancar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya