PPD Jeli lahir pemain boling sekolah pendidikan khas

PPD Jeli lahir pemain boling sekolah pendidikan khas

NORLAILA Md. Nor (kanan) bersama murid-murid daripada kelas pendidikan khas, Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Jeli Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menyedari murid-murid pendidikan khas seharusnya diberi peluang untuk menikmati dan menyesuaikan diri dengan pelbagai aktiviti yang dapat mendedahkan mereka dengan corak kehidupan bermasyarakat, satu program Boling Madani Pendidikan Khas diadakan sebuah kompleks membeli-belah di Tunjong, Kelantan baru-baru ini denghan kerjasama PPD Jeli.

Program tersebut menggunakan pendekatan memanfaatkan kemudahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Batu Melintang,

Menurut seorang jurulatih kepada murid-murid pendidikan khas, Norlaila Md. Nor, aktiviti permainan boling ini ternyata dapat membentuk keyakinan diri murid, melatih berdikari, mengamalkan sikap kerjasama dan menyemai sifat kepimpinan selain menggalakkan interaksi, komunikasi dan integrasi di dalam dan di luar sekolah.

Kejohanan ini ternyata memberikan pendedahan dan pengalaman baru kepada murid pendidikan khas khususnya yang berada jauh di pedalaman memandangkan pusat boling hanya berada di bandar Kota Bharu sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN