Posmen melecur di muka, tangan akibat letupan litar pintas - Utusan Malaysia

Posmen melecur di muka, tangan akibat letupan litar pintas

KEADAAN rumah posmen yang rosak dalam kejadian letupan daripada litar pintas di kediamannya di Taman Emas Murni 2, Sungai Kerak, Marang, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang posmen mengalami melecur di muka dan tangan dalam kejadian letupan dipercayai berlaku daripada litar pintas pada suis pendingin hawa di kediamannya di Taman Emas Murni 2, Sungai Kerak, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa yang berusia 37 tahun baru pulang bekerja dan berada berseorangan di rumah.

Kejadian itu mengakibatkan sebahagian bumbung rumah teres tersebut runtuh, selain dinding turut retak akibat letupan tersebut.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sufian Redzuan berkata, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati ruang tamu dan bilik tidur merupakan kawasan utama berlakunya kebakaran.

“Kes diklasifikasikan sebagai kebakaran bangunan sebelum menunggu kenyataan mangsa untuk siasatan sekiranya terdapat unsur mencurigakan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Sementara itu, jiran mangsa, Amira Husni Talib, 35, berkata, ketika kejadian dia bersama dua anak lelakinya berada di dalam rumah sebelum terdengar bunyi letupan kuat
dari rumah jirannya.

Malah, katanya, sebahagian siling di dapur dan ruang tamu rumahnya turut retak.

Katanya, dia yang terkejut dengan bunyi letupan itu kemudian bergegas bersama tiga anak berusia empat hingga tujuh tahun keluar rumah sebelum melihat jirannya dalam kesakitan dan berlumuran darah.

“Nak cakap petir, tapi bukan walaupun musim hujan, jadi saya pun tertanya-tanya tapi bunyi letupan itu sangat kuat sebelum suami memanggil kami tiga beranak supaya keluar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya