Pos statik PGA tutup akibat banjir: Kawalan sempadan negara tidak terjejas

Pos statik PGA tutup akibat banjir: Kawalan sempadan negara tidak terjejas

ANGGOTA bomba membantu seorang wanita dan anaknya keluar ke jalan utama di Kampung Padang Landak, Jerteh, Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kawalan sempadan negara di Rantau Panjang – Sungai Golok tidak terjejas biarpun lima daripada 13 pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) ditutup akibat banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kawalan sempadan negara tetap berjalan seperti biasa.

Beliau berkata, selain PGA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengadakan kawalan di sempadan berkenaan.

“Tahap keselamatan sempadan negara berada di tahap tertinggi meskipun negara di landa banjir,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini, hari ini.

Terdahulu, Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dilaporkan berkata, lima daripada 13 pos statik PGA dalam penugasan Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok telah ditutup akibat terjejas banjir.

Katanya, kelima-lima pos berkenaan ditutup kerana dinaiki air hingga paras lantai dan mengancam keselamatan anggota PGA yang bertugas.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, berdasarkan laporan diterima, Sungai Golok di sebelah Thailand telah dibina tembok atau tebatan banjir

“Jadi air dari Sungai Golok itu melimpah ke kawasan
kita. Jadi ini satu masalah, walaupun ada kawasan-kawasan yang telah mula dibina tebatan banjir tetapi ianya belum siap sepenuhnya,” katanya.

Ditanya mengenai status calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir, Ahmad Zahid berkata, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) tertentu telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi membantu kesemua calon terjejas.

“Mereka (KPM) telah menyediakan garis panduan dan SOP tersendiri sebelum ini bagi menangani masalah peperiksaan untuk calon-calon SPM,” katanya.

Katanya, beliau juga meminta mangsa banjir untuk memantau anak-anak sewaktu musim banjir ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga meminta jabatan atau agensi yang sedang atau merancang
mengadakan kursus-kursus di Kelantan dan Terengganu agar menanggguhkannya terlebih dahulu.

“Ini adalah bagi mengelakkan daripada mereka juga terkena bencana banjir,” katanya.

Katanya, beliau juga memohon hotel-hotel supaya memberi keutamaan penginapan kepada pegawai dan anggota penyelamat yang terbabit dalam misi bencana banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya