Polis Terengganu rampas 200kg dadah bermilai RM6 juta - Utusan Malaysia

Polis Terengganu rampas 200kg dadah bermilai RM6 juta

MOHD. Khairi Khairudin (tengah) menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, Setiu, hari ini. - UTUSAN/PUTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Polis Terengganu berjaya merampas sejumlah 200 kilogram (kg) dadah dipercayai syabu yang bernilai RM6 juta di Kampung Guntung Luar, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, dadah tersebut ditemukan di dalam sebuah Toyota Vellfire yang terbabas di jalan hujung Kampung Guntung dalam percubaan melarikan diri daripada anggota Unit Peronda Polis (MPV) ketika melalui jalan Persekutuan dari Kelantan ke Kuala Terengganu .

“Kira-kira pukul 11. 45 pagi kelmarin, anggota unit MPV telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di Kampung Bintang sebelum bertindak mengekorinya sejauh kira-kira lima kilometer dan menemukan Toyota Vellfire itu ditinggalkan pemiliknya selepas mengalami kemalangan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis menemukan lapan guni berwarna putih yang mengandungi 25 bungkusan ‘teh Guanyinwang’ yang dipercayai dadah jenis syabu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Khairi, susulan itu, Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) telah digunakan bagi mengesan suspek terlibat, selain pengambilan cap jari oleh unit forensik.

Tambah beliau, polis percaya dadah tersebut telah dibawa masuk dari sempadan negara jiran dengan menggunakan laluan Kelantan-Terengganu untuk dipasarkan di Lembah Klang.

Katanya, jumlah dadah seberat 200 kilogram ini boleh digunakan lebih 200,000 penagih dadah dan ia merupakan rampasan terbesar polis Terengganu pada tahun ini.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu juga mendapati nombor casis kenderaan itu telah dirosakkan, manakala nombor pendaftaran palsu dan didaftarkan atas sebuah syarikat yang beralamat di Wilayah Persekutuan.

“Kita percaya suspek yang terlibat lebih daripada seorang individu dan kini kita sedang giat menjalankan operasi mengesan suspek,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 38B Akta Dadah berbahaya 1952.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya