Polis tahan tiga individu jual `jus’ campuran pelbagai dadah

Polis tahan tiga individu jual `jus’ campuran pelbagai dadah

MOHAMAD Lazim menunjukkan minuman botol yang dicampur pelbagai dadah dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita warga Thailand yang menjual `jus’ campuran dadah, di dua kondominium sekitar ibu negara pada 7 November lalu. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mereka mencampurkan pelbagai jenis dadah ke dalam `jus’ itu yang kemudian dikotak dan dibotolkan.

“Semua dadah dicampur dalam minuman tersebut antaranya Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), ketamin dan pil Erimin 5. 

“Minuman tersebut dipek semula dan dapat membekalkan untuk kegunaan 3,020 penagih sekitar Lembah Klang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, hari ini. 

Ujarnya, keseluruhan dadah bernilai RM115,122 dirampas bersama wang tunai berjumlah RM50,000 dan pihaknya tidak menolak kemungkinan jus dadah itu turut diedar ke pusat hiburan.

“Sekarton jus dalam bentuk kotak dijual pada harga RM1,380, air botol 500 milliliter (ml) pada harga RM380 dan 400ml (RM220). 

“Sementara nilai pasaran dalam pusat hiburan bagi satu karton air kotak bernilai RM1,500, air botol 500 ml (RM480) dan botol 400ml (RM320),” jelasnya.

Menurut Mohamad Lazim, sebotol jus tersebut boleh dikongsi seramai lima orang penagih. 

Katanya, suspek berusia 26 hingga 32 tahun dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine, ketamin, benzo dan THC selain mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

“Suspek direman selama tujuh hari hingga 14 November dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya