Polis tahan penjaja simpan senjata api dalam but kereta

Polis tahan penjaja simpan senjata api dalam but kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis menahan seorang penjaja di sebuah pasar di Jalan Sultan Azlan Shah di sini kerana disyaki memiliki sepucuk pistol dan revolver.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, lelaki warga tempatan berumur 48 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 pagi, semalam.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku telah menyimpan senjata api di dalam but keretanya yang diletakkan di kawasan Paya Terubong, Ayer Itam.

“Pemeriksaan di dalam but kereta tersebut kemudiannya telah menjumpai sepucuk pistol, sepucuk revolver dan lapan butir peluru,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Swee Sake, kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Suspek telah dibenarkan untuk direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya