Polis siasat video dakwaan pelupusan bangkai anjing - Utusan Malaysia

Polis siasat video dakwaan pelupusan bangkai anjing

TANGKAP layar video memaparkan bangkai anjing dalam lubang yang tular dalam media sosial. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis sedang menyiasat penularan video dalam media sosial mendakwa berlaku pelupusan bangkai anjing dalam bilangan banyak dalam sebuah lubang yang digali, kononnya berlaku di Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung video tersebut yang dimuat naik di aplikasi TikTok dan Facebook, pada pukul 10.53 malam semalam.

“Wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Manjung telah membuat laporan polis tentang penularan maklumat tidak sahih tersebut.

“Ia disebarkan oleh pemilik akaun TikTok bernama ‘kyrildescobar’ dalam pautan https://vt.tiktok.com/ZSjANyrCg/ dan pemilik akaun Facebook bernama ‘Kyril
Pablo Escobar’ dalam pautan https://www.facebook.com/share/v/17kt6Mj3PP/,” katanya di sini.

Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati satu video berdurasi lebih kurang 16 saat memaparkan rakaman bangkai-bangkai anjing di dalam lubang tanah tidak memaparkan secara keseluruhan tapak lokasi.

Katanya, hantaran komen pemilik akaun Facebook memaklumkan kejadian berlaku dalam daerah Manjung disyaki adalah maklumat tidak sahih.

Jelas beliau, pihak polis sedang menyiasat motif kejadian berikutan laporan yang dibuat oleh wakil Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya