Polis siasat tiga ekor kucing ditemukan mati di Setapak

Polis siasat tiga ekor kucing ditemukan mati di Setapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan terhadap kes khianat melibatkan tiga ekor kucing yang ditemukan mati di tangga sebuah kediaman pelajar di Setapak dekat sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan tiga ekor kucing yang ditemukan mati berlumuran darah di bahagian kepala di lokasi kejadian, semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 17 November lalu selepas pengawal keselamatan dimaklumkan kejadian itu oleh pelajar.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat ke atas binatang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan mengesan pelaku yang terbabit dalam kes itu.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan penemuan tiga kucing dengan kesan tikaman di kepala pada pukul 5 petang di sebuah kondominium di Jalan Genting Kelang, Setapak di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN