Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh Proton Saga orang awam

Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh Proton Saga orang awam

TANGKAP layar satu rakaman yang tular di Facebook memaparkan kenderaan PDRM merempuh kereta pengguna jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat kemalangan membabitkan insiden kereta pengiring orang kenamaan (VIP)  yang merempuh kenderaan orang awam dalam kejadian di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) di  Seremban seperti yang  tular di media sosial. 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan dua buah kereta tersebut.

“JSPT sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.

“Orang ramai  yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan diminta  memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka menunjukkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga seperti yang  dimuat naik di sebuah laman Facebook sejak petang tadi. 

Dalam rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu memandu laju ketika  hujan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya