Polis serbu pusat hiburan tawar GRO tempatan 

Polis serbu pusat hiburan tawar GRO tempatan 

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 10 individu dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, di sini yang disyaki menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga tempatan, awal pagi ini.

Serbuan Op Noda KL Strike Force itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang diketuai Asisten Superintenden Khairul Fairoz Rodzuan.

Difahamkan, semasa operasi, terdapat cubaan beberapa individu termasuk pekerja wanita yang cuba melarikan diri dengan bersembunyi di laluan rahsia.

Bagaimanapun, tindakan itu dikesan polis sebelum pemeriksaan dilakukan.

Sepanjang operasi, polis memeriksa dan menjalankan dokumentasi terhadap 103 individu berusia 23 hingga 53 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi itu dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields, Jabatan Imigresen Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Polis menahan 10 individu iaitu seorang wanita tempatan berperanan sebagai penjaga premis serta sembilan lelaki warga asing yang bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan berkenaan.

“Semakan mendapati warga asing itu terdiri daripada lima Bangladesh, tiga Myanmar dan seorang Kemboja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian air kencing dilakukan turut mendapati tiga lelaki tempatan positif dadah.

Tambahnya, polis turut merampas peralatan audio selain resit perniagaan.

“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Brickfields untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992 dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya