Polis masih tunggu status lelaki didakwa jadi tentera upahan

Polis masih tunggu status lelaki didakwa jadi tentera upahan

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dapat mengesahkan keberadaan lelaki yang kad pengenalan serta lesen memandu miliknya ditemukan di Ukraine seperti tular di laman sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Kedutaan Russia di negara ini berhubung dakwaan seorang warga tempatan terlibat sebagai tentera upahan asing dalam konflik Ukraine dan Russia.

Selain itu, kata beliau, pihaknya turut menunggu pengesahan memandangkan ia ditularkan di negara berkenaan. 

“Isu itu ditularkan di media sosial di negara terbabit sebelum tular di sini. 

“Kita sedang menunggu daripada kerajaan Russia mengenai status lelaki tersebut termasuk kemungkinan dokumen peribadinya disalahguna atau sebagainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Media semalam melaporkan polis sedang mendapatkan maklumat daripada Kedutaan Russia di negara ini berhubung dakwaan seorang warga tempatan terlibat sebagai tentera upahan asing dalam konflik Ukraine dan Russia.

Razarudin dilapor berkata, PDRM melalui Cawangan Khas telah berhubung dengan Kedutaan Russia di sini (Malaysia).

Beliau berkata, pihaknya juga telah berhubung dengan pihak keluarga individu berkenaan yang memaklumkan lelaki itu hanya belajar di sana (luar negara). 

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi selain diingatkan untuk tidak terlibat dengan mana-mana ‘pejuang asing’,” katanya. 

Baru-baru ini tular dua keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Russia.

Gambar tular itu menunjukkan lelaki berkenaan kononnya membabitkan diri sebagai tentera upahan dalam 16th Rifle Batallion Ukraine yang sedang berdepan tentera Russia di Ukraine.

Dokumen berkenaan antaranya menunjukkan alamat berdaftar di Padang Besar, Perlis.

Dikatakan, kedua-dua dokumen itu ditemukan selepas kejayaan tentera Russia menawan kubu tentera Ukraine di Livadny, Zaporizhia, Ukraine. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya