Polis lengkapkan siasatan tipu pelaburan emas

Polis lengkapkan siasatan tipu pelaburan emas

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan penipuan pelaburan emas ‘pa jewellery’ dan ‘paddy jewellery’ membabitkan tujuh individu termasuk Siti Hajartul Haini Abd Hamid, 37, hingga kerugian jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek masih dalam tahanan reman selain siasatan kes tersebut sedang dijalankan.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, suspek yang sebelum ini direman di Kedah sudah diserahkan ke kontinjen lain bagi meneruskan siasatan.

Fisol berkata, hasil laporan itu, tujuh suspek ditahan termasuk wanita yang juga dalangnya berusia 37 tahun di negeri ini.

“Enam lagi suspek termasuk suami wanita itu dan adik perempuannya serta adik iparnya iaitu lelaki, manakala tiga lagi dipercayai ejen pelaburan emas terbabit berusia 29 hingga 62 tahun,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 100 mangsa kerugian lebih RM110 juta selepas diperdaya dengan harga emas 916 lebih rendah dari pasaran sejak dua bulan lalu.

Sebelum ini sejumlah 69 laporan polis telah diterima berhubung penipuan pelaburan itu dengan nilai kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM48.5 juta.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya