Polis KL tawar diskaun trafik 50 peratus

Polis KL tawar diskaun saman trafik 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kaunter dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang.

Katanya, tawaran diskaun berkenaan tidak termasuk bagi kes saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan melanggar lampu isyarat.

“Kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujarnya, orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN