Polis KL gempur sarang pelacuran, lapan ditahan - Utusan Malaysia

Polis KL gempur sarang pelacuran, lapan ditahan

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur terus menggempur beberapa premis di ibu negara yang dijadikan sarang pelacuran menerusi serbuan Op Noda #KLStrikeForce di sekitar Jalan Yew Pudu malam tadi oleh pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Serbuan yang dilakukan mendapati premis di lokasi berkenaan bukan sahaja berbau busuk dan meloyakan malah keadaan ruangan bilik turut dilengkapi dengan pintu besi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi bermula pukul 2.13 pagi itu menahan lapan individu berumur 20 hingga 63 tahun.

Kata beliau, mereka terdiri daripada enam wanita warga Indonesia dipercayai pelacur dan dua lelaki tempatan masing-masing bertindak sebagai pengurus pelacur dan penjaga premis.

“Turut dirampas 20 keping kondom, peket tisu basah, minyak serta tiub pelincir, tuala dan buku catitan.

“Siasatan mendapati khidmat seks ini ditawarkan dengan kadar bayaran serendah RM60,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelanggan didapati terdiri daripada warga tempatan serta asing dan purata pelanggan yang melanggani seorang pelacur antara lima hingga 10 orang.

“Selain itu, risikan sebelum ini mendapati kegiatan pelacuran ini beroperasi seawal pukul 6 petang hingga 4 pagi pada setiap hari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 55B dan Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya