Polis KL gempur empat hotel tawar pelacur warga asing

Polis KL gempur empat hotel tawar pelacur warga asing

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur menyerbu embat buah hotel yang menjadi lokasi wanita asing menawarkan perkhidmatan seks, malam tadi.

Serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerusi Op Noda KL Strike Force di hotel berkenaan terletak di Cheras, Sri Petaling, Jalan Ipoh dan Danau Kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Rusdi Isa berkata, hasil serbuan polis menangkap 21 wanita warga asing disyaki pelacur terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Laos. 

“Turut ditangkap lima lelaki tempatan dan kesemua mereka berusia 20 hingga 61 tahun,” katanya hari ini.

Jelas Mohd Rusdi, operasi itu menyasarkan aktiviti pelacuran di hotel melalui kaedah ‘walk in’ atau tempahan dalam talian dengan harga ditawarkan berbeza mengikut tempat antaranya RM120 untuk setengah jam dan RM140 hingga RM250 untuk satu jam.

“Setelah ditempah, pelanggan akan dibawa ke bilik yang didiami oleh pelacur di hotel. Antara barangan dirampas 62 keping kondom, tuala (21), botol minyak pelincir (22), gulung tisu (18), tisu basah (tiga) dan wang tunai RM905,” katanya.

Tambah beliau, kesemua tahanan disiasat di bawah Seksyen 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya