Polis kenal pasti kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam

Polis kenal pasti kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kereta pengiring orang kenamaan yang merempuh kenderaan orang awam dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Seremban sudah dikenal pasti polis.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan berkata, siasatan masih dijalankan berhubung nahas itu.

“Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan insiden membabitkan kejadian, telah disiasat selepas polis menerima laporan berkaitan nahas melibatkan dua kereta berkenaan.

Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka menunjukkan sebuah kenderaan petugas polis sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga, seperti dimuat naik di Facebook, sejak petang semalam.

Dalam rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu memandu laju ketika hujan, sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya