Polis buru suspek pecah cermin kereta 

Polis buru suspek pecah cermin kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dengan kes pecah cermin kereta di sekitar Dataran Sunway, Kota Damansara, di sini pada 14 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, polis menerima tiga laporan berhubung kejadian tersebut. 

“Kejadian berikut dipercayai berlaku antara pukul 7 hingga 8.30 malam. 

“Barang-barang yang dicuri adalah dua unit komputer riba, satu tablet, dua unit, fon telinga tanpa wayar, kad-kad mesin pengeluaran wang automatik ATM dan dokumen peribadi. 

“Anggaran kerugian melebihi RM4,500,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. 

Katanya, polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dan hubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya. 

Terdahulu, tular satu rakaman sejak 17 November lalu menunjukkan suspek memecahkan tingkap kereta kenderaan yang diparkir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya