Polis akan panggil lelaki dera kucing

Polis akan panggil lelaki dera kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil lelaki berusia 60-an bagi membantu siasatan penderaan ke atas seekor kucing dengan mengheretnya menggunakan dalam sauk ikan.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pengadu yang juga jiran suspek melihat lelaki itu mengheret kucing dari tingkat rumah pengadu sehingga ke bawah flat.

Mohd. Azam dalam kenyataan berkata, pengadu menasihati lelaki itu supaya melepaskan semula kucing malang itu selepas mendengar bunyi bising di luar rumah.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan kerana kucing malang itu dikatakan sering membuang najis di hadapan rumah suspek.

Laporan polis dibuat pada 1 November 2024, pukul 10 pagi.

Baru-baru ini tular rakaman berdurasi 1 minit dan 29 saat mengenai perbuatan suspek.

Kertas siasatan telah dibuka dan akan disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan atas perbuatan khianat ke atas binatang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia.

Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 3 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

PDRM turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan penganiayaan terhadap haiwan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya